Kerajaan negeri Politik_Amerika_Syarikat

Di Amerika Syarikat, kerajaan negeri merupakan pengaruh terbesar dalam hidupan harian masyarakatnya. Setiap negeri mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan undang-undang yang berlainan. Kadang-kala terdapat perbezaan yang amat ketara dari segi undang-undang dan prosedur dari satu negeri ke negeri yang lain, terutamanya perkara-perkara yang melibatkan hartanah, jenayah, kesihatan dan pendidikan. Oleh itu bidangkuasa polis sesebuah negeri hanya terbatas dinegerinya sahaja. Pegawai kerajaan yang tertinggi di sebuah negeri ialah Gabenor. Setiap negeri mempunyai satu badan perundangan yang dipilih yang terdiri dari sama ada satu atau dua dewan, dimana setiap ahlinya mewakili daerah-daerah dinegeri masing-masing. Badan perundangan yang paling menarik ialah di New Hampshire, yang merupakan badan perundangan ketiga terbesar di dunia pertuturan Inggeris, dan ia mempunyai seorang wakil bagi setiap 3,000 orang. Setiap negeri mempunyai instutusi kehakimannya yang tersendiri, dengan mahkamah yang paling rendah biasanya mahkamah daerah atau "county courts", dan yang paling tinggi ialah mahkamah agung negeri atau "state supreme court", walaupun di setengah negeri namanya mungkin berbeza. Dalam beberapa negeri, hakim mahkamah agung dan mahkamah rendah adalah dipilih oleh rakyat masing-masing; manakala di sesetangah negeri yang lain, mereka dilantik sama seperti mahkamah dalam sistem persekutuan.